Friday, July 26, 2013
Monday, April 22, 2013
NISBAH DAN KEBERKATAN PENDAPATAN
Nisbah hutang kepada pendapatan menunjukkan jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman berbanding dengan jumlah pendapatan kasar bulanan tuan-tuan. Nisbah yang tinggi menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan bulanannya.
Situasi inilah yang sering berlaku kepada pelanggan-pelanggan kami. Sayang sekali apabila segelintir mereka yang tidak dapat dibantu kerana 'sudah telewat'. Maksudnya kad sudah disekat atau hutang kad kredit sudah sampai limit jumlah kad yang diperuntukan.
Contoh kiraan nisbah pendapatan :
Pendapatan bulanan En.Abu ialah RM3,800. Jumlah pembayaran balik buanan pinjaman perumahan, sewa beli kereta dan kad kredit ialah RM2,128.
= Pembayaran Balik Bulanan
______________________
Pendapatan Kasar
= RM2,218
_______ x 100%
RM3,800
= 56%
Oleh itu, En. Abu harus berusaha mengurangkan nisbah berikut dengan meningkatkan jumlah pendapatan dan mengurangkan jumlah pinjaman.
Begitu mudah?
Tidak mudah sebenarnya. Namun begitu, dia harus berusaha gigih agar pendapatan meningkat. Bagi umat Islam, saya sarankan sebagaimana disarankan oleh guru saya juga ialah dalam soal ini salah satu faktor cukup atau tidak pendapatan kita begantung kepada KEBERKATAN rezeki bulanan kita.
Nasihat yang boleh diberikan ialah :
1) Bekerja dengan integriti.
2) Solat Sunat Dhuha
3) Banyakkan bersedekah
4) Berdoa untuk diri sendiri dan orang lain.
5) Sentiasa berzikir dan berselawat.
6) Berzakat
Ingat, rezeki itu milik Allah SWT hakikatnya, bukan pemberian syarikat d tempat kita bekerja. Oleh itu, mintalah pada-Nya. Jaga segala ibadah yang sepatutnya dan tambah lagi dengan ibadah sunat.
Insya-Allah, rezeki cukup setiap bulan.
Ameen.
Sunday, February 10, 2013
Beban Hutang Belum Selesai
"Saya sudah 4 tahun bayar hutang kad ini, tetapi hingga sekarang belum lagi selesai. Saya sudah tak tahan lagi. Boleh encik bantu saya?"
Memang saya akui kenyataan dan pertanyaan di atas sering kali saya terima daripada para pelanggan kami. Kalau tuan hadapi masalah itu, ketahuilah bukan tuan sahaja berdepan masalah tersebut.
Namun begitu, sampai bila?
Sampai bila kita terus dijerut dengan permasalahan ini?
"Tiada ikhtiar?"
Andai tuan-tuan yang dihormati tiada ruang untuk membuat pinjaman peribadi atau jual apa-apa aset dan sebagainya untuk menjelaskan hutang kad kredit atau sebarang hutang. Kad kredit yang tuan-tuan miliki sekarang mampu mengurangkan tekanan anda.
Bagaimana?
Kaedah EPP (Easy Payment Plan) ini merupakan salah satu kaedah terbaik untuk keluarkan tuan-tuan dari belenggu hutang dengan 'interest' yang melampau.
Mungkin kaedah ini belum lagi sempurna, tetapi sekurang-kurangnya tuan-tuan sudah dapat mengurangkan jumlah 'interest' yang terpaksa ditanggung pada setiap bulan.
Contoh :
Kaedah biasa :
Hutang kad kredit = RM5000
Jumlah bayaran minima = RM250 ( tidak tahu sampai bila )
Jumlah 'interest' = RM5000 x 1.5% = RM75.00
Kaedah EPP Esave Marketing :
Hutang kad kredit = RM5000
Jumlah bayaran bulanan = RM208.33 selama 2 tahun.
Jumlah 'interest' = RM0
Semoga entri ini dapat berikan sesuatu kebaikan buat tuan-tuan.
Thursday, September 27, 2012
HUTANG TETAP HUTANG
Hari ini BAJET 2013 bakal
dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri. Ramai yang menunggu-nunggu apa
imbuhan atau pun dasar kerajaan pada tahun hadapan. Tak kira sesiapa
pun, pasti mahu menikmati hidup lebih baik berbanding tahun ini dan
tahun-tahun sudah.
Walaupun begitu, masih ramai di kalangan kita tidak gembira,
Kenapa?
HUTANG KAD KREDIT yang
semakin meningkat. Dari bulan ke bulan, hutang tak pernah surut. Bayar
memang bayar. Bagi yang tak bayar lagilah merasakan bahangnya.
Tahukah tuan-tuan?
Beban hutang 3.2 juta
pemegang kad kredit aktif di Malaysia mencecah RM30.8 billion pada tahun
2010. Pada tahun 2012 ini pastinya meningkat naik. Pastinya nama
tuan-tuan juga menyumbang statistik tersebut jika kita pemegang kad
kredit aktif.
Bayar JANGAN TAK Bayar.
Bank tidak pernah
melupakan kita. Lari sejauh mana sekali pun, mereka tetap 'memburu'
kita. Mereka ada rekod lengkap tentang beban hutang kita. Jika kita
tidak endah dan buat lupa bayar, maka mahkamah akan menjadi lokasi
seterusnya. Nama kita juga akan disenarai hitamkan. Oleh itu, sebelum
perkara itu berlaku, usahakan sesuatu untuk jelaskan hutang kad kredit.
Bagaimana?
1) Bayar kadar minima. ( Kaedah ini akan memakan masa hingga lebih 7-8 tahun berdasarkan jumlah hutang ).
2) Buat pinjaman
peribadi. ( Bagi kakitangan awam, mereka lebih bernasib baik dan bayar
sekali gus. Tapi bagi yang potongan slip gaji lebih 60% kena lupakan
hasrat kaedah ini ).
3) Jual tanah/harta benda yang ada. ( Pilihan ini jarang saya jumpa ).
4) Gunakan KAEDAH EASY PAYMENT PLAN ESAVE MARKETING. ( Kaedah ini adalah satu alternatif terbaik ).
5) Gunakan servis AKPK Bank Negara. ( Masalahnya nama tuan-tuan akan disenarai hitamkan ).
Oleh itu, buat keputusan terbaik. Tapi...jangan lari daripada bayar hutang kad kredit.
Terima kasih di pagi Jumaat yang mulia ini.
Friday, August 31, 2012
MENYESAL TAK DAPAT BANTU KAWAN
SALAM AIDILFITRI DAN SALAM KEMERDEKAAN buat semua pengunjung blog ini. Apabila tuan-tuan membaca blog ini bermakna tuan-tuan sekurang-kurangnya ada satu kad kredit bermasalah. Hehehe...Mohon maaf, berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin tuan-tuan terserempak sahaja ke sini.
Walaupun apa tujuan tuan-tuan. Blog ini khusus buat pemegang kad kredit yang mahu nyahkan 'interest' kad kredit setiap bulan.
Kenapa?
Kerana saya akan cuba membantu tuan-tuan membayar bil kad kredit dengan tenang TANPA faedah. Insya-Allah.
Kesal Tak Berpeluang Bantu
Saya telah membantu ramai orang menyelesaikan masalah kad kredit dengan kaedah EPP ini. Namun begitu, ada dua rakan pada minggu lepas mengadu masalah kad kredit dan tidak dapat diselamatkan lagi kerana sudah naik mahkamah dan kad kredit sudah disekat. Nak buat macam mana. Sudah terlambat. Mereka lambat maklumkan masalah masing-masing. Saya pula tidaklah pula bila berjumpa bercerita tentang ini kerana mereka tak pernah suarakan masalah mereka.
Bahaya Kad Kredit
Saya salin petikan ini daripada blog Ustaz Zaharudin. Mungkin ia dapat membantu tuan-tuan. Memang ramai menyedari bahaya kad kredit jika tak mampu jelaskan bayaran mengikut jumlah dan tempohnya.
Kad yang sengaja menggalakanpemilik melewatkan bayaran ;
Kad
ini juga sememangnya direka cipta untuk memerangkap pengguna. Saya
mengatakan demikian kerana, kerangka asas kad ini adalah pengguna HANYA
diminta untuk membuat bayaran bulanan hanya 3-5 % dari jumlah penggunaan
bulannnya. Jika semua jumlah yang digunakan dilangsaikan sebelum tempoh
‘grace period' (biasanya 20 hari), pengguna tidak akan dikenakan
sebarang caj. Sebarang tangguhan bayaran melebihi 20 hari, caj interest
RIBA yang tinggi akan dikenakan.
Di
Malaysia cajnya hasil peraturan yang dikenakan oleh bank Negara
Malaysia, caj interest kad kredit di Negara ini seperti berikut :-
No. of prompt payment in the past 12 months
|
Interest Rate
| |
Tier 1
|
12 consecutive months
|
13.5%
|
Tier 2
|
at least 10
|
16%
|
Tier 3
|
Others
|
17.5%
|
Keterangannya
Tier-1
: Caj tahunan yang dikenakan bagi pemegang kad yang secara konsisten
melangsaikan bayaran minimum secara berturut-turut selama 12 bulan yang
sebelumnya dalam tempoh dibenarkan.
Tier-2 : Caj interest tahunan yang dikenakan bagi pemegang kad yang melangsaikan bayaran minimum selama 10 bulan dalam setahun,
Tier-3 : Caj yang dikenakan bagi semua pemeganga yang tidak menepati dua ciri di atas.
Boleh
difahami dari jadual di atas, bagi mereka yang gagal melangsaikan
bayaran minimum secara konsisten akan menderita dengan kadar riba yang
lebih tinggi berbanding mereka yang konsisten membayar. Pun begitu,
kadar caj interest terendah bagi bank-bank pengeluar kad di Malaysia
adalah 13.5 % dan tertinggi adalah 17.5 %. Itu adalah setelah peraturan
baru yang dikeluarkan oleh bank Negara Malaysia. Perlu disedari caj
tersebut amat lah tinggi dan tersangat merugikan.
Pembaca boleh melihat sendiri bagaimana caj yang dikenakan oleh HSBC bank di link INI.
Manakala Standard Chartered Bank seperti berikut PULA
Perlu
difahami, jumlah yang dituntut bayar setiap bulan oleh pihak bank
biasanya hanya 5 peratus dari jumlah penggunaan bulanan, manakala jumlah
interest sebanyak 1.46 peratus setiap bulan (atau 17.5 % tahunan) itu
akan dikenakan kepada semua pokok hutang atau jumlah tertunggak.
Sekarang
cuba bayangkan, ruginya mereka yang membeli belah dengan menggunakan
kad kredit dan kemudian membiarkan caj berbelas peratus itu dikenakan ke
atas mereka. Jika pengguna faham dan sedar, bermakna setiap pembelian
pengguna akan lebih mahal berbanding pembayaran yang dibuat secara tunai
atau menggunakan debit kad.
CONTOH KIRAAN MUDAH
Sekali
lagi, ini bermakna, pembeli yang membeli menggunakan kad kredit
membayar secara purata adalah 17.5 % tahunan (iaitu sama dengan 1.46
peratus bulanan) berbanding pembeli secara tunai.
Sebagai contoh kiraan mudah faham, katalah Ah Chong berbelanja menggunakan kad kredit sebanyak RM 10,000 (nilai
pokok pinjaman) pada bulan Januari, dia perlu membayar semula jumlah
tersebutditambah 1.46 peratus setiap bulan iaitu RM 146. Memang benar,
ia kelihatan kecil, tetapi cuba fahamkan bahawa jumlah tersebut bersifat
compounding atau akan masuk di dalam jumlah pokok.
Katalah
Ah Chong tidak membayar jumlah minima wajib 5 % setiap bulan. Maka
akibatnya pada bulan Januari, jumlah pokok yang perlu dibayar meningkat
kepada RM 10,146.
Pada bulan Februari,
jika jumlah tersebut dibiarkan, lagi 1.46 peratus dikenakan dari jumlah
baki terkumpul yang baru iaitu 1.46 peratus x RM 10,146 = RM 148.13.
Pada bulan Mac, jumlah pokok terkumpul sudah berubah menjadi RM 10,146 + RM 148.13 = RM 10,294.13.
Begitulah
kiraan dipermudah bagi caj interest bulanan sehinggalah semua jumlah
tertunggak itu diselesaikan. Akibat dari cara kiraan sebegini sekitar 30
peratus pemilik kad kredit jatuh muflis, kebanyakkannya dari kalangan
eksekutif muda yang tidak dapat mengawal runtunan nafsu berbelanja dan
kurang displin dalam membayar hutang.
Menurut
statistik yang diperolehi oleh BNM, jumlah hutang kad kredit ini
bertambah 20 peratus pada setiap tahun.Dengan kadar faedah 1.5 peratus
sebulan. Bank-bank Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah
berjumlah RM159 juta setiap tahun tidak termasuk caj-caj untuk
perkhidmatan lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) dan caj lambat
bayar (RM5). Mujurlah di Malaysia, BNM menghadkan caj interset maksimum
kepada 17.5 % setahun sahaja, bayangkan di Negara lain seperti Amerika,
caj tersebut boleh meningkat kepada 40 %, malah pihak bank di sana
sentiasa mendesak kerajaan agar menghapuskan kadar maksimum interest
bagi kad kredit.
Bayangkah
betapa ruginya menggunakan kad kredit dari sudut kiraan duit, lebih
mendukacitakan, mereka juga dikira terjebak dengan dosa riba yang maha
besar setiap kali penggunaannya.
Sudahlah rugi dari perspektif kewangan, rugi juga dari sudut spiritual.
Kerana itu, saya tidak sama sekali menggunakan kad kredit. Sehingga hari ini, saya
tidak memilik satu pun kad kredit walaupun ia kad kredit yang diolah
secara Islam. Cukuplah memadai dengan kad caj Islam dan kad debit Islam
saya gunakan bagi segala macam urusan.
CAJ LAIN
Selain
dari caj-caj utama yang disebutkan di atas, caj lain juga adakalanya
perlu disemak sebaiknya. antara caj yang dikenakan oleh pengeluar kad
kredit adalah :-
- Caj kelewatan pembayaran iaitu 1 % dari jumlah tertunggak atau maksimum RM 100.
- Yuran tahunan, namun sebahagian pengeluar kad menyerap kos ini bagi menjadikan kad mereka lebih menarik.
- Caj bagi pembelian antarabangsa samada jika pengguna membeli di luar Negara atau membeli barangan luar Negara melalui internet. HSBC dan Maybank mengenakan caj sebanyak 1.25 % dari nilai harga belian luar negara terbabit.
- Caj 5 % apabila membuat belian terlebih dari had kredit yang dibenarkan. Di Amerika Syarikat, difahamkan ada pihak pengeluar sengaja merendahkan jumlah had kredit tanpa memaklumkan kepada pelanggan dengan niat sengaja memerangkap pelanggan dengan caj ini. Di Malaysia saya tidak pasti, namun ada baiknya pembaca menyemak sendiri dengan pengeluar kad masing-masing. Ia dipanggil overlimit fees. HSBC mengenakan kos caj sebanyak RM 25 sebulan.
- Sebahagian pengeluar mengenakan cash advances fees. HSBC mengenakan caj sebanyak 5 % dari jumlah tunai yang dikeluarkan atau RM 5 minimum.
- Selain cash advance fee, cash advances itu sendiri dikenakan caj yang tersendiri iaitu 18 % dari jumlah yang dikeluarkan, itu adalah caj yang dikenakan oleh HSBC sebagai contoh.
Saturday, July 21, 2012
CARA GUNA SEBELUM PARAH
Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik
Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh
mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad
kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan,
jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada
konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad
ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah
tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap
bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap
bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak
akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan
yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita
dan kita pula bukan lagi dihambakannya.
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan
tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat
kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan
bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi.
Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun,
anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh
baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi
menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan
betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan
ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
- Ingat, kad kredit bukan wang percuma
- Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
- Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
- Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
- Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
- Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat
pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat
menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik
bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.
Sunday, June 10, 2012
BELANJA DENGAN BERHEMAH
SALAH SATU PENYEBAB UTAMA pemegang kad kredit dipaksa menanggung jumlah hutang dan 'interest' yang melambung ialah SIKAP.
Percaya atau tidak setiap pemegang kad kredit akan merasa sentiasa 'ada duit' walaupun ke pusat membeli belah tanpa membawa duit tunai atau pun memang tidak berduit.
Pantang melihat iklan jualan murah atau jualan penghabisan stok, hati mula meronta.
"Aku kena beli barang ni. Nak tunggu minggu depan, harga sudah naik."
Maka, berhemahlah semasa berbelanja agar kita tidak perlu menanggung hutang yang tidak mampu dibayar. Walaupun perkiraan kita memberi sepasang kasut berharga RM150 secara hutang kad kredit, kita harus berhati-hati kerana harga kasut itu boleh meningkat pada harga RM200-RM300 jika bil pada setiap bulan gagal dijelaskan mengikut kadar diminta oleh pihak bank.
Hati-hati dengan kad kredit anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)